Sunday, September 5, 2010

mercun & aidilfitri

apabila hampir menjelang sahaja Aidilfitri, tak kira di kampung mahupun di bandar, pasti riuh rendah dengan bunyi letupan-letupan kecil dari mercun. kecil, besar, tua mahupun muda, masing masing mempunyai perangai yang tak dapat nak dielakkan (bermain mercun). membeli mercun boleh juga diibaratkan dengan membakar duit, sama seperti merokok. banyak keburukan dari kebaikan.

Kebaikan bermain mercun :
- suasana raya akan dirasakan lebih meriah dengan dentuman-dentuman kecil (bagi sesetengah orang)
- angkasa akan kelihatan cantik jika mercun dimainkan pada waktu malam.
- dapat mengejutkan makmum-makmum yang tertidur ketika terawih.

Keburukan Bermain Mercun
- duit habis dibazirkan untuk membeli mercun (lebih baik belanjakan duit itu di bazar-bazar ramadan)
- membahayakan nyawa.
- mengganggu ketenteraman awam. (kesian anak-anak kecil tak dapat tidur lena, asyik terkejut dengan     
  dentuman mercun yang dimainkan oleh abang-abang dan kakak-kakaknya. termasuk ayahnya barangkali)
- dan banyak lagi keburukan-keburukannya..

Satu keburukan yang paling ketara yang saya dapat lihat, makmum-makmum yang sedang berterawikh terkejut setiap kali bunyi letupan mercun kedengaran sehinggakan mereka (termasuk saya) tidak khusyuk menjalankan ibadah yang hanya ada sebulan dalam setahun ini.

No comments:

Post a Comment